PENGENALAN
Tajuk yang telah diberikan kepada kami
ialah Peranan Al Quran dalam Sains danTeknologi. Dalam topik ini, kami telah
melalukan beberapa penyelidikan melalui pembacaan,melayari internet dan
lain-lain. Hasilnya, kami telah menemui banyak ayat al Quran yangmengetengahkan
topik-topik berkenaan sains dan teknologi. Ia telah mendorong ramai saintisdi
seluruh dunia untuk mengkaji sekali gus membuktikan kebenaran al-Quran di
sampingmembuat pelbagai penemuan baru.Kami telah memilih tajuk ini kerana ia sangat
bersesuaian dengan matlamat kamiuntuk menjadi muslim profesional. Kami
berhasrat untuk mengintegrasikan ilmu Islamdengan ilmu sains supaya dapat
membentuk generasi Ulul Albab yang menyahut seruanALLAH untuk memerhati dan
meneliti hikmah di sebalik penciptaan alam.Selain itu, kami mengharapkan,
dengan kajian ini, kami mampu membuka mata hatikami untuk lebih mensyukuri
nikmat kurniaan Ilahi sekali gus menjadi insan yang sentiasameningkatkan iman
dan taqwa kepada ALLAH swt.Semoga dengan penghasilan kertas kerja ini, dapat
melayakkan kami memperolehkeredaan ALLAH swt dan kejayaan di dunia dan di
akhirat.
MAKSUD BAHASA DAN ISTILAH SAINS TEKNOLOGI
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Sains dan teknologi kejuruteraan tidak
dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalamIslam. Sains adalah satu usaha manusia
untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam
tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis daneksperimen yang
benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalamhal ini,
sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam ini
adalahbersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan.
Bidang sains sendiri belum menemui
kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islamadalah untuk melahirkan para
sainstis teknokrat dan jurutera muslim yang beriman danberahklak. Islam menolak
kemajuan teknologi dan kejuruteraan tanpa akhlak dan sains yangmengabaikan
spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidakdiperlukan
berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan
yangpaling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang
tidakwujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit.
Sains teknolgi dan kejuruteraan berasaskan
barat hanya mempercayai segala yangditemui, dihasilkan dan digunakan sekadar
memperlihatkan kehebatan manusia menerokaikhazanah alam. Sebaliknya Islam
memperkenalkan konsep sains teknologi dan kejuruteraanberasaskan kajian dan
penemuan untuk mencari makna kebenaran hakiki tentang kewujudanAllah swt dan
kehebatan kekuasaannya. Manusia diberikan segala kemudahan pancainderadan
kehebatan akal serta fitrah bertuhan dibenarkan untuk menerokai seluruh pelusuk
alam.Diberikan keizinan untuk menggunakan setiap nikmat di persada alam ini,
baik di darat, dilaut dan di udara di mana jua penjuru alam buana, dengan
syarat makna kebenaran dankeinsafan diri mampu ditemui.
PERANAN AL-QURAN DANLAM SAINS DAN
TEKNOLOGI
Peranan
al-Quran dalam sains:
Bidang Teknologi
Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyeru
manusia supaya mengkaji dan menelitifenomena alam untuk memahami dan mendalami
ilmu pengetahuan agar dapat membinasuatu tamadun yang sempurna. Berdasarkan
ayat di bawah jelas bahawa alam yangdiciptakan oleh Allah s.w.t tertakluk kepada
hukum-hukum tertentu dan apa yang ada dilangit dan di bumi adalah hak Allah
s.w.t untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat.Islam tidak terbatas antara
hubungan manusia dengan tuhan bahkan merangkumi semuaaspek kehidupan. Allah
berfirman yang bermaksud :
“Tidakkah kamu perhatikan bahawa
Allah memudahkan untuk kemudahan muapa yang
ada di langit dan di bumi, dan telahmemudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada
di langit dan di bumi, dan telahmelimpahkan kepada kamu nikmat-nikmat-Nya yang
zahir dan batin.
”(Surah Luqman: 20)
.Oleh itu, kita seharusnya menjadikan
Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana didalam Al-Quran telah tercatat
segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun mati. Bidangkejuruteraan juga ada
disebut di dalam Al-Quran. Ini telah melahirkan ramai tokoh-tokohIslam yang
menjadikan Al-Quran sebagai panduan untuk mengkaji bidang kejuruteraansehingga
mereka dapat mencipta peralatan yang berguna hingga kini.
Bidang
Kimia
1)Proses
Fotosintesis dan Proses Pembakaran Sempurna
Di dalam Al-Quran terdapat fenomena sains
yang boleh dikaitkan dengan bidang kimia iaitu “proses fotosintesis” dan
“proses pembakaran sempurna”.
Firman Allah swt: “Tuhan yang telah
menjadikan api (boleh didapati) dari pohon- pohon hijau yang basah untuk
kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan apidari pohon- pohon itu”.
(Surah Yasin: 80) “Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan
(dengan cara digesek)? Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunyaatau Kami yang
menumbuhkannya?” (Surah al-Waqi‟ah : 71-72).
Beribu-ribu tahun yang lalu dan zaman
sekarang membuktikan kandunganAl-Quran menepati ilmu sains dan teknologi. Ini
kerana orang zaman dahulumenyalakan api daripada pokok kayu dan sekarang
manusia menggunakan petrol, gasdan sebagainya untuk menyalakan api. Jika kita
memikirkan di zaman dulu, tentu kitatakjub bagaimana daripada kayu yang hijau
itu boleh mengeluarkan api. Di zamankita pula, kita masih merasai ketakjuban di
atas penggunaan petrol dan gas yang bolehmenghasilkan api untuk kegunaan
seharian. Sebenarnya, petrol, diesel, gas, arang batu dan sebagainya yang
dikeluarkan dari perut bumi berasal daripada pokok-pokok yang tertimbus jutaan
tahun yang lalu. Ini dapat meyakinkan kita bahawa Allah ituMaha Besar. Dia
telah menyatakan sumber api dulu dan sekarang itu adalah berasaldari pokok.
Allah s.wt juga menggunakan perkataan “al-syajarah al-akhdar”
(tumbuhan hijau) dalam Surah Yasin ayat-80
kerana perkataan ini boleh diertikandengan tumbuhan hijau yang mempunyai
klorofil. Menurut kajian sains tumbuhanhijau melakukan proses fotosintesis yang
menghasilkan gas oksigen dan unsurekarbon hasil daripada tindak balas cahaya
matahari dan gas karbon dioksida. Kedua-dua unsur ini (karbon dan oksigen)
merupakan unsur penting untuk menghasilkan apidaripada proses pembakaran
sempurna.Oleh itu, firman Allah swt dalam Al-Quran yang menyatakan tentang
prosesfotosintesis dan proses pembakaran sempurna tidak ada sebarang keraguan
dansesungguhnya Allah swt lebih mengetahui sesuatu.
Kegelapan
Lautan dan Lapisan Ombak (sains ,alam semula jadi )
Dalam bidang sains marin pula, kewujudan
dua lapisan ombak di laut dan kegelapandi dasar laut dinyatakan dengan jelas di
dalam surah an Nur, ayat 40. Apabila dikaji,sememangnya wujud ombak pada
lapisan kedua laut (internal tide), yang manakewujudannya dapat dilihat secara
jelas hanya dari angkasa. Malah, ombak dalaman inimempunyai amplitud yang jauh
lebih tinggi berbanding amplitud ombak di permukaan air,dengan ketinggiannya
mampu mencecah 300 meter. Kewujudan dua ombak ini disebabkan perbezaan pada
ketumpatan air laut. Selain itu, kegelapan dasar laut pula dibuktikan
apabilamanusia mula mampu menyelam sehingga ke dasar dengan bantuan peralatan
moden.Kegelapan secara total ini disebabkan penyerapan spektrum cahaya oleh
lapisan laut yangmenyebabkan tiada cahaya yang mampu menembusi hingga ke dasar.
Hasilnya, dasar lautanmenjadi tempat yang sangat gelap dan makhluk-makhluk yang
hidup di dasar lautmempunyai ciri-ciri unik untuk membolehkan mereka
menyesuaikan diri dengan keadaandasar laut yang sangat sejuk dan bertekanan
tinggi.
Proses
kejadian manusia (sains):
Di dalam al-Quran juga menerangkan
penciptaan manusia daripada air :
Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia
dari air,lalu dijadikannya(mempunyai) keturunan dan musaharahdan Tuhanmu adalah
Maha Kuasa sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang
dikehendakiNya ).
[Al-Furqan, 54]
Selain itu, ayat al-Quran dari surah ini
memberitahu bahawa secara jelas manusia itudiciptakan daripada air. Allah telah
menciptakan manusia mempunyai titisan baka (air mani) bagi meneruskan lagi
zuriat memakmurkan bumi ini.
Proses kejadian manusia diceritakan
daripada awal sehingga ke akhir di dalam al-Quran sebelum manusia mampu
memikirkan proses itu sendiri.
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
manusia dari “pati” (yang berasal) dari
tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu
(setitis) air mani pada penetapan yang kukuh
; Kemudian Kami ciptakan air mani itu
menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakandarah beku itu menjadi seketul
daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadibeberapa tulang; kemudian Kami
balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurnakejadian itu Kami bentuk
ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalahkelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-
baik Pencipta”. [Al - Mu’minun: 12-14]
.Ayat di atas menceritakan proses
pembentukan manusia, seperti mana yangdidedahkan kepada kita hari ini. Ayat ini
telah menerangkan secara sempurna mengenai proses pembentukan manusia.Pada
mulanya manusia tercipta dari pati yang merujuk kepada tanah. Kejadian
iniadalah ketika penciptaan manusia pertama iaitu peristiwa Allah menciptakan
Nabi Adamdaripada tanah. Bermula daripada cantuman air mani (sperma dan ovum)
kemudianMusaharah ;hubungan kekeluargaan yang berasal dari hubungan penikahan,
seperti menantu mertua dansebagainya
Penetapan yang kukuh; rahim bergumpal
menjadi darah beku (alaqah) yang tergantung di dinding Rahim.
Seterusnya,gumpalan darah itu membesar menjadi seketul daging (mudghah).
Ketulan daging itu pulaakan terbentuk beberapa tulang (tulang belakang), yang
kemudiannya disempurnakanrupanya dengan balutan daging yang akhirnya membentuk
janin
Peranan
al-Quran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi :
Proses
Pembentukan Besi
Firman Allah s.w.t : "Dan kami telah
menurunkan besi, padanya ada kekuatanyang hebat serta berfungsi berbagai
manfaat untuk manusia." (Surah Al-Hadid : 25)Terdapat satu surah di dalam
Al-quran yang menggunakan nama logam iaitu SurahAl-Hadid yang bermaksud besi.
Dalam Surah Al-Hadid ayat 25, Allah telah berfirman
“waanzalnaalhadiid” yang boleh
diterjemahkan “dan kami turunkan besi”. Ayat ini memberi satu pertanyaan kepada
kita umat manusia tentang asal usul besi.Sebenarnya, besi berasal dari langit
yang tercipta daripada bintang-bintang melalui proses nukleosintesis. Ketika
bintang-bintang itu mati (padam) lantaran kehabisan bahan bakar hidrogen(H) ,
besi itu (bersama-sama unsur lain) dihamburkan ke ruangangkasa. Unsur berat
dalam alam semesta ialah dihasilkan oleh nuklid bintang besar .Sistem solar
kita bagaimanapun tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi
baginya. Besi hanya dapat dihasilkan oleh bintang yang lebih besar
daripadamatahari iaitu suhunya mencecah berates juta celcius .Apabila besi
mencapai amaunmelebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini
tidak lagi dapatmenampungnya dan akhirnya meletup dalam satu letupan yang
dipanggil nova atausupernova. Hasil daripada letupan ini, meteor yang
mengandungi besi berserakankeseluruh alam semesta dan mereka bergerak melalui
ruang di angkasa sehinggaditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.
Selain itu, elemen utama pada pusat bumi iaitu teras bumi yang berjejari 3470
km ialah besi (Fe) dengankandungannya 90% dan nikel (Ni) dan belerang (S).
Fungsi utama besi di pusat bumiAllah telahjelaskan dalam ayat yang berbunyi
“fiihiba'sunsyadiid” (padanya ada kekuatan hebat). Besi di pusat bumi itu
menimbulkan kekuatan yang hebat yang berupa magnet dan tarikan graviti. Firman
Allah selanjutnya pada Al hadiid (ayat 25)yang bermaksud serta berbagai manfaat
untuk manusia. Manfaat yang perludisebutkan paling dahulu (sebab manusia sering
lupa) ialah bahawa besi merupakan salah satu unsur yang membangun haemoglobin,
protein dalan darah yang berfungsimengikat oksigen yang kita menghirupnya dari
udara. Ketika oksigen masuk ke dalam paru-paru kita, oksigen itu segera
ditangkap oleh besi dalam haemoglobin, kemudiandihantar oleh darah keseluruh
tubuh kita untuk proses metabolisme. Jelas sekali Allahmemelihara kelangsungan
hidup kita melalui besi. Oleh itu, kita sebagai manusia perlulah sentiasa
bersyukur di atas nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita.)
Kejuruteraan
awam
Kubah dan menara masjid yang di bina
menunjukkan kefahaman dan kemahiransarjana-sarjana Islam dahulu dalam bidang
sains bangunan dan seni bina. Dalam kejuruteraanawam hidrologi 6, orang-orang
Islam juga memberi sumbangan penting. Pada zaman pemerintahan khalifah „Umar,
beberapa terusan telah di bina. Saiyidina Umar pula telahmengarahkan pembinaan
satu terusan yang panjangnya lebih kurang 10 km yang mengalirkanair dari sungai
Furat.Terusan ini di beri nama Terusan Abu Musa Asy‟ari, pemerintah
Basrahketika itu.
Satu lagi terusan ialah Terusan Ma‟akal
yang di bina di bawah penyeliaan Ma‟akal Ibnu Yasar. Teknologi air bawah tanah
juga telah di usahakan di Parsi.Bandar Isfahan dikelilingi oleh padang pasir.
Teknologi ini telah di tulis oleh Syaikh Bahauddin al-A‟mili seorang ahli sufi
Safavid yang mahir dalam matematik dan keagamaan.
Bagi negara yang yang di kelilingi oleh
padang pasir, teknologi ini amat bergunakerana ia dapat mengelakkan pengewapan
air. Bukti ini menunjukkan bahawa mereka jugatelah meneliti bukan sahaja
tentang pembinaannya, bahkan mengambil berat tentang perancangan dan penyelenggaraan
projek tersebut.
Kejuruteraan
mekanikal
Boleh dikatakan sumbangan sarjana sains dan
teknologi Islam yang banyak ialahdalam bidang mekanik. Sumbangan Banu Musa
terkandung di dalam buku Kitab Peranti (TheBooks of Artifices) yang telah
disebut dahulu. Ibnu Sina pula walaupun beliau lebih terkenaldalam bidang
perubatan dan pembedahan, namun beliau banyak memberi sumbangan yangmengagumkan
dalam bidang mekanik. Di antara saranan Ibnu Sina ialah prinsip inersia
yangterkandung di dalam kata-katanya yang berbunyi “tidak ada jasad yang mula
bergerak atau berhenti dengan sendiri.” , “masa tidak boleh di bayangkan tanpa
gerakan.”,“daya hanya boleh di sukat dalam sebutan kesan kesannya.”,“dalam
sesuatu mesin mudah, apa yang diperoleh dalam bentuk kuasa adalah kehilangan
dalam kelajuannya.” Al-Khwarizmi pulatertarik kepada kerja-kerja amali tentang
bagaimana dapat menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan
bumi) dan keapungan. Di antara pernyataan Khawarizmi yang berkaitan dengan hal
ini ialah“berat ialah daya malar inheren tatkala sesuatu jasad tertarik ke
pusat bumi” , “jasad-jasad yang mempunyai graviti sama ialah jasad-jasad yang
bergerak didalam cecair dari titik tunggak melalui jarak yang sama dalam masa
yang sama.”Teknologiyang mendapatkan tenaga dari udara dan air telah mendapat
perhatian orang serata dunia dan ia merupakan „Penggerak Perdana” yang utama
sehinggalah kuasa tenaga stim diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian.
Antara contoh rekaan ialah jam air gajah, pam air duasilinder, pam air enam
silinder selari, perangan jet stim. Ini jelas mengambarkan manusia pada zaman
nabi juga mempunyai ilmu pengetahuan yang luas tentang ilmu dalam
bidangteknologi dan ini seterusnya memberi manfaat kepada manusia sejagat.
KAITAN ANTARA AL-QURAN DAN SAINS
DALAM KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
Sains moden telah memberitahu kita bahawa
perkembangan manusian di dalam kandungan melalui beberapa peringkat. Sedangkan
Al-Quran telah menyatakan perkara yang sama sejak 1400 tahun yang lalu.”Selepas
penciptaan mikroskop di kurun ke-16, para doktor kurun ke-17 mempercayai bahawa
manusia terbentuk semata-mata daripada air mani lelaki sahaja, khasnya ‘sperma’
lelaki. Teori ini dipakai oleh ahli-ahli sains kurun ke-17 dan sebahagian
daripada kurun ke-18 untuk menegakkan kepercayaan mereka bahawa manusia
terbentuk semata-mata daripada ‘sperma’ lelaki sahaja. Tetapi, apabila di kurun
ke-18b penemuan sains menunjukkan telur wanita (‘ovum’ ) jauh lebih besar
daripada ‘sperma’, mereka terus melupakan peranan lelaki (dalam pembentukan
manusia) sebagaimana mereka melupakan peranan wanita di kurun ke-17.Penemuan
fakta bahawa perkembangan embrio manusia melalui beberapa peringkat hanya ditemui
di pertengahan kurun ke-19.
“Mengapa
kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya), Padahal
sesungguhnya Ia telah menciptakan kamu dengan kejadian yang
berperingkat-peringkat?” (Maksud Al-Quran Surah Nuh, 71: Ayat 13-14)
“Ia
menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu
kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita . . .” (Maksud
Al-Quran Surah Az-Zumar, 39: Ayat 6- untuk makna penuh, sila lihat dibawah)
“Mungkinkah ayat-ayat ini dinyatakan secara
kebetulan?” Lebih-lebih lagi Al-Quran telah menamakan setiap peringkat itu;
pertama ialah ‘nutfah’, atau setitik air; yang kedua ialah ‘alaqah, sesuatu
yang menyerupai lintah; yang ketiga ialah ‘mudghah’, atau sesuatu seperti
dimamah; dan keempat ialah peringkat tulang, dan pembungkusan tulang dengan
daging. Justeru, adakah ini semua kebetulan sahaja?Terdapat pula kata-kata
belakang dari saintis Barat yang bagi saya sangat tidak masuk akal iaitu..,Mungkin
Muhammad sallallahu’alaihiwasallam mempunyai sebuah mikroskop yang berkuasa
tinggi.Pengetahuan yang amat khusus dan terperinci yang terdapat di dalam
Al-Quran ini hanya boleh ditemui dengan menggunakan mikroskop berkuasa tinggi.
Dan sesiapa yang ada teleskop sedemikian mesti juga ada teknoloGi tinggi yang
sepatutnya terserlah dalam cara kehidupan hariannya, rumahnya, makanannya,
kawalan dan pengurusan peperangannya dan seruan damainya, dan lain-lain. Dan
tuan juga tahu perkembangan teknologi ialah satu proses yang bertalian dari
satu generasi ke generasi.Kebolehan mikroskop pertama yang dicipta hanya dapat
membesarkan hanya setakat sepuluh kali ganda sahaja dan gambarnya juga tidak
begitu jelas
Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam
tidak pernah memiliki peralatan sains mahupun mikroskop. Kesimpulan yang masuk
akal hanyalah hakikat bahawa baginda sallahu’alaihiwasallam ialah seorang rasul
Allah subhanahuwata’ala. Ringkasnya, Al-Quran menerangkan bukan sahaja
perkembangan luaran janin, malahan juga peringkat-peringkat perkembangan dalam
janin, pembentukan dan perkembangannya, menekankan peristiwa penting yang dibincangkan
oleh sains terkini.Contohnya, gambarajah ‘mudghah’ – seperti sesuatu yang
dimamah (gambar), ialah satu daripada bukti yang Profesor Johnson gunakan.
Gambarajah ‘mudghah’ menunjukkan bentuk luaran embrio
dengan strukturnya yang melengkung, dan dengan bentuk yang menyerupai
bekas-bekas gigitan gigi. kita nampak permukaan yang tidak rata yang memberikan
bentuk yang sudah boleh dicamkan walaupun pada masa ini ianya hanya satu
sentimeter panjang.Jika kita membelah embrio itu dan ambil organ dalamnya, kita
akan dapati kebanyakan daripada organ-organnya sudahpun terbentuk sebagaimana
yang dapat kita perhatikan di sini. Daripada gambarajah itu, didapati
sebahagian daripada sel-sel juga sudahpun dibentuk, sementara sebahagian yang
lain belum lagi.Jadi, bagaimana kita boleh terangkan mengenai embrio? Apa yang
patut kita perkatakan? Bolehkah kita anggap ia sebagai makhluk yang sudah pun
lengkap? Maknanya kita memperkatakan tentang suatu makhluk yang sudah siap
dibentuk, dan jika kita anggap ianya suatu makhluk yang belum lengkap, maknanya
kita membincangkan tentang makhluk yang belum lagi dibentuk, persoalannya:
Adakah embrio suatu makhluk lengkap atau belum lengkap? Tiada huraian yang
lebih baik mengenai peringkat perkembangan embrio ini selain daripada ayat Al-Quran
yang bermaksud:
“. . . . mudghah (sesuatu
yang seperti dimamah) seketul daging yang disempurnakan dan yang tidak
disempurnakan . . . “ (Maksud Al-Quran, Surah Al-Hajj: Ayat 5) Sila lihat
dibawah untuk makna keseluruhan ayat ini.
Inilah kesimpulan yang dilakukan seorang professor yang
bernama Marshall Johnson mengenai kajiannya:Sebagai seorang ahi sains, saya
hanya mengambil kira sesuaru yang saya boleh nampak. Saya memahami ayat-ayat
Al-Quran yang diterjemahkan kepada saya. Sebagaimana contoh yang saya berikan
sebnelum ini, jika saya bayangkan saya hidup di zaman itu (zaman nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam-pent), saya tidak akan berupaya untuk menerangkan apa
yang telah diterangkan (oleh Al-Quran-pent). Saya tiada apa-apa alasan untuk
menafikan bahawa Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam) telah memperolehi
maklumat ini daripada sesuatu sumber. Saya tidak alasan untuk menafikan bahawa
terdapat satu camputangan kuasa Tuhan di dalam apa yang dia
(sallallahu’alaihiwasallam-pent) telah tuliskan. (Nota- sebenarnya Nabi
Muhammad sallallahu’alahiwasallam tidak menulis Al-Quran kerana baginda seorang
yang tidak tahu menulis. Sebaliknya ia disalin oleh sahabat-sahabat baginda
sallallahu’alaihiwasalllam selepas baginda mendapat wahyu-pent)Benar, Al-Quran
ialah Wahyu Illahi. Pilihan yang ada untuk seluruh manusia ialah untuk menurut
tauladan yang telah ditunjukkan oleh ahli-ahli sains terkemuka ini yang telah
pun mengaku Allah subhanahuwata’ala telah mewahyukan kepada nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam, satu kitab yang dipenuhi oleh Ilmu-Ilmu Allah
subhanahuwata’ala. Allah subhanahuwata’ala juga telah berjanji bahawa manusia
akan menemui tanda-tanda kekuaasaannya yang akan membuktikan bahwa Al-Quran itu
ialah kitab yang diwahyukan oleh Allah subhanahu wata’ala.
Allah Yang Maha Kuasa Lagi
Maha teerpuji berfirman (Surah 38: Ayat 88) bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya,
kamu akan mengetahui kebenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama
lagi”.
Allah subhanahuwata’ala
juga berfirman bermaksud:
“Tiap-tiap khabar berita
mempunyai masa yang menentukannuya (yang membuktikan benarnya atau dustanya);
dan kamu akan mengetahuinya. (Al-Quran Surah Al-An’am, 6: Ayat 67).
FirmanNya lagi:
“Dan akan diperlihatkan
kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang
terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (Al-Quran, 41: 53)
MKM
KESIMPULAN
Konklusinya,
al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad sawmempunyai peranan yang
sangat penting dalam bidang sains dan teknologi. Galakan al-Quran untuk
mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk
mendorong para saintis Islam melakukan kajian.Justeru, kita sebagai generasi
muda Islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah
bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran al-Quran danmengkaji
penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta
meningkatketaatan kepadanya, sekali gus mewujudkan baldatun toiyyibatun wa
rabun ghafur.
No comments:
Post a Comment